Saturday 2 April 2016

Konsep Pengurusan Bilik Darjah



PENGENALAN

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. 

Selain daripada aktiviti mengajar, guru-guru berperanan sebagai pengurus di dalam bilik darjah iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus bahan-bahan sumber pembelajaran, mengurus disiplin dan masalah peribadi pelajar, dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Dengan perkataan lain, pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai sejenis kerjasama antara guru dengan pelajarnya bagi menjaga dan mengurus segala aktiviti, alatan dan kemudahan yang berada di dalam bilik darjah.

Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. 

Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
 
·         Lemlech (1988):

a.    Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
b.    Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

·         Lee Shok Mee(1995) :
a. Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

·         Guey R. Lefroncis (1999) dalam bukunya Psychology for Teaching :
a. Pengurusan bilik darjah merupakan ‘sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang  dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplim, rutin harian, penyusunan tempat duduk, dan memperuntukkan masa pelajaran.’

·         Hall (2000) :
a.    Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
b.    Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
c.    Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

·         Levin dan Nolan (2004):
a.    Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri



DEFINISI PENGURUSAN.

Istilah pengurusan mempunyai berbagia-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum.

Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.

Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.

Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber- sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.
 
Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah- ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.
 
Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.
 
DEFINISI BILIK DARJAH

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
 
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

Rutin Pengurusan Bilik Darjah

Panel 1











 

Faktor-faktor Pengurusan Bilik Darjah

Panel 2
















 

Disiplin dalam Bilik Darjah

Panel 3













Membina Komunikasi dalam Bilik Darjah

Panel 4